nuffnang

Daisypath Friendship tickers Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers



December 10, 2010

CONTEST CERPEN SESEDAP RASA


Saya nak join contest ni sebab contest ni sangat comel! :) Melalui contest ni bolehlah aku mengasah bakat aku merapu dan merepek! Cerita ini tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah pergi. Tak best dan tak lawak pon, hehe.

KLIK pada Banner dbawah or dsebelah sidebar utk JOIN!



ini Kisah Ain Zulaikha!

    Di sebuah kampung yang bernama kampung Pelangi Petang, ade seorang budak yang sangat aneh. Mak die kasi name kat die Ain Zulaikha. Comelkan name tu? macam tuan-nya. Ain memang sangat femes di kampungnya sebab die memiliki sebuah kuasa yang ajaib. Yang mane die boleh buat silap mata. ehhh, Lebih kurang macam magic lah. Cakap je nak ape kat Ain, semua die boleh kasi. 

     Penduduk kampung sangat menyenangi Ain. Sebab, Ain ni suka sangat tolong orang. Lebih lagi orang miskin. Tapi kalo org kaya, kene lah pikir dulu sebab keutamaan mesti di beri pada orang miskin. Yelah, dah kaya nak tolong buat ape kan? Tapi Ain takde la wat DONO je. Ade mase tolong la jugak. 

   Bak pepatah Melayu yang tak lapuk dek ujan & tak lekang dek panas,  "Tolong menolong amalan mulia".  Cara Ain wat magic senang je. Amik sehelai daun betik, pastu Ain akan bayangkan apa yang di hajati oleh orang yang jumpa Ain. Pastu sekelip mata dorang akan dapat ape yang mereka mahu. 
Terer betol Ain ni. Oleh kerana Ain memerlukan daun betik untuk memenuhi hajat sesiapa dan melakukan magicnya, maka di sekeliling rumah Ain ditanam dengan pokok betik. Oleh itu, itulah perkerjaan sambilan keluarganya bagi menambah pendapatan mereka. 


Nak dijadikan cerita, suatu hari ada seorang budak lelaki yang comel datang nak mintak bantuan magic Ain. 

 "Kak, saya lapar la. Saya teringin sangat nak makan nasi ayam bahagian pehe & minum air coke. Kak boleh tak gune magic akak bagi saya makanan dan minuman tu? Please....." kata budak lelaki tu sambil merayu-rayu dengan muka lapar.

"Dik, tak pernah dibuat orang mintak makanan guna magic akak ni. Tapi takpelah, akak cube dulu." kata Ain dengan muke blur.

Ain pon dengan hati berdebar-debar cuba buat magic macam biasa. Tapi, sesuatu di luar jangkaan telah berlaku. Pada hari itu Ain tak dapat buat magic macam biasa. Budak tu pulak dah nampak macam kelaparan. Ain dah rasa serba salah. 

"Awat la hari ni server down pulak? haisshhh! Ni mesti daun  betik ni dah kene virus!" bebel Ain dengan muka tegang.

"Macam mana ni, budak ni dah kebulur tahap ape, magicku pulak wat hal. waduhhhh!" kata Ain dalam hati.

Kemudian, Ain mendapat satu idea.

"Haaa! Senang-senang aku pergi beli je makanan tu kat kedai, abis cerita. Awat la tak pikir awal-awal? kan senang. " bebel Ain lagi.

"Dik, tunggu kejap boleh? Akak nak pegi kedai. Nanti akak bawak ape yang adik mintak ye. Sabar ek dik" kata Ain dengan bersungguh-sungguh.

"Baik kak! Tapi cepat ye, saya lapar."balas budak lelaki tu.


Rumah Ain ni jauh dari bandar & kedai makan pon tak de. So, terpaksa lah die terkedek-kedek ke bandar. Oleh kerana bandar tu jauh, Ain pon menelefon teksi, tapi kedit die dah tamat tempoh la pulak.. waduhhh. Ain semakin bengang. Lalu die mintak kedit ngan bestpren die, Chinta Chandori. 


Tapi, belum sempat die nak send mesej, ade teksi kaler merah lalu depan die. Masa tu elok pulak ade sekor kucing kurap lalu melintas. Nasib baik kucing tu tak kene langgar.Kalau tidak confirm masuk wad ICU. Ain tiba-tiba terpaku melihat pemandu teksi tu. Pemandu teksi itu sangat kacak walaupun die sedang memaki hamun kucing yang lalu tak bagi signal. Kucing kaler kelabu itu meneruskan perjalanannya dengan muka blur.

"Entah apelah si Tua ni memekak."kata kucing kaler kelabu itu.

"Wah! Hensemnya pemandu teksi ni! Macam Dong Hae. Nak ngoratlah!" kata Ain dalam sambil tergelak-gelak di dalam hati. Mata Ain tak berkedip tengok mamat hensem tu. Sampi naik juling.

 Kemudian. pemandu teksi tu menegur Ain,"Awak, nak naik teksi ke? Jom lah! Saya boleh bawak kan.Awak nak pegi mane ek?"

"Hah? Ha'a, nak. Saya nak ke bandar."kata Ain tersipu-sipu malu.

"Awak ni Ain Zulaikha ke?"tanya pemuda itu.

"Yup, mane awak tahu? Awak skodeng saya ek..?"tanya Ain dengan nada hairan dan terkejut.Namun dalam hati sudah berbunga-bunga gembira.

"Tak lah, saya agak je. Saya pon ade magic gak. hihi. Saya gurau je. Adik saya ade pergi umah awak tak? Die nak makan nasi ayam. Saya dah cakap, pegi lah beli kat kedai Mak Ngah Nasi Ayam kat bandar, tapi die tak nak, degil jugak. Katenye, nak mintak dengan awak. Adik saya cakap awak ade magic. Betul ke?". terang pemuda itu.

"La, adik awak ke? Humm, iye! Saya mmg ade kuasa magic. 
Tapi sejak dua menjak ni magic saya dah makin slow. Server down ke ape. Ntah la, saya tak dapat detect lagi problem die. Tak tau la. Ermmm, awak tau cara nak setel kan problem ni? " ulas Ain dengan nada sedih, hampa dan pilu.


Suasana senyap seketika kerana bising dengan bunyi kereta api yang lalu di sebelah jalan. Ain mula berangan andaimya die dapat berkahwin dengan pemuda itu. Alangkah bahagianya hidup dapat suami hensem. Tak kesahla kerja pemandu teksi pon.

Tiba-tiba , gegaran berlaku. "Ain! Ooo Ain! Ape yang engkau buat dalam jamban tu lame-lame? Aduh ni mesti tido lagi dalam jamban ni! Aduh!!! Ape nak jadi la dengan budak bertuah ni! Cepat bangun! Dah lambat pergi sekolah ni! Engkau tu dah la cikgu disiplin! Budak ni, macam-macam hal lah. macam mana nak kawin kalo tabiat tak senonoh macam ni. Boleh pulak tido dalam jamban. ishhh ishh ishhh! Tak habis-habis berangan dalam jamban" kata mak Ain memecahkan kesunyian pagi yang damai lagi indah.

Ain pon tersedar dari mimpi indahnya. "Lorrr! Aku mimpi ke? Aduhhh!"

-tamat-

p/s : maaflah cerita ntah pape. ikot sesedap rase aje. :)

saya tag: 
(1) leha
(2)riha
(3)nadia

-SEKIAN

6 comments:

Ain Zulaikha said...

hai mimi, terimakasih join kontest :) apa2 akan di update ok :) good luck..

Ain Zulaikha said...

eh2, lupa pulak, jangan lupa letak link dekat ruang komen entry kontest k :)

teratai said...

salam, semoga berjaya n menang GA ni :)

mimi said...

Ain- okei, :)

teratai- orait! :)

Muslimah Optimis said...

nice story..

siyes xespect dia cikgu disiplin, ingatkan masa baca lambat ke sekolah tu dia tu masih budak sekolah sekali cikgu disiplin la..heheh

jom lawat laman MO.. MO pun join jugak
tp entry terbaru,

Jangan Makan Makanan Iblis

jom baca

mimi said...

Muslimah Optimis- ^^ terima kasihh
tggu saya terjah ek.. hehe