Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka. Perindahlah ucapanku di depan mereka. Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
p/s: Mak aku ade mngasuh budak tadika kat umah. Time cuti semester baru-baru ni, aku tolong jugak la mak aku jage bbudak nakal tu. Tapi nakal-nakal dorang pon dorang lagi bagus dari aku.Eh, bukan. Ade la jugak bagusnye,.. Sebab pemikiran & jiwa dorang bersih lagi kot. Kurang dosa nak compare ngan aku. Time makan dorang memang takkan lupe nak baca doa makan. Baca ikut bahase Arab siap terjemahan lagi. Aku yang dah umur nak genap 22 tahun ni pun lupa maksud bacaan doa makan. Dorang jugak bace skali doa untuk kedua ibu bapa yang kat atas tuh. Time dorang bace doa tuh, aku rase sebak la jugak sebab aku jarang nak sertakan doa macam tuh. Sedihkan? Cikgu tadika aku dulu tak ajar ke ek? Ke aku yang dah lupe semua tuh.. sadis amat T_T





No comments:
Post a Comment