nuffnang

Daisypath Friendship tickers Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers



April 17, 2012

permudahkan ia

Salam, dua tiga hari ni. Eh, bukan dua tiga hari. Sejak start semester lagi, aku rase kemalasan aku bertambah. Maybe aku terlebih bergembira. Tak ingat diri tu dah masuk Final Year. Tanggungjawabnye sangat besar. Takkan lah aku nak Grad dengan ala kadar sekadar Grad sahaja. Mungkin itu yang aku rasa aku mampu tapi. Itu memang SELFISH namanye. Itu sahaja ke yang aku mampu bagi untuk Mak Ayah aku? untuk jadi contoh adik-adik aku? opah, atuk, yang sentiasa mendoakan kejayaan aku? TAK,TAK sama sekali. Dorang dah jaga aku sampai aku umur 22tahun. Penat, lelah dorang kerja bagi aku makan, sekolahkan aku, bagi pendidikan cukup, tambah lagi ade famili yang tak suka mak aku, layan macam sampah. tak berbaloi semua tu. 

Yang aku ni pulak belajar tak nak serius sangat. Lagho terlebih kan.?

Ya ALLAH, aku bermohon padamu, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkaulah yang menjadikan dukacita itu menjadi mudah jika engkau menghendakinya. Aku bermohon padamu, andaikata aku tidak dapat membahagiakan kedua ibu dan bapaku sebagaimana mereka membahagiakan aku, maka aku bermohon padamu, engkau berilah kebahagian yang tidak dapat aku beri itu kepada mereka. Engkau berilah mereka ketenangan hidup, kurangkanlah keletihan mereka sewaktu mereka berjuang mendapatkan rezeki untuk adik-adikku. Aku bermohon, pemudahkanlah urusan mereka dalam apa jua sekalipun. Izinkanlah aku membawa mereka bersama jejak ke Tanah Suci berkat dari hasil aku bekerja mencari rezeki kelak. Itulah impian aku yang pertama. AMIN~

P/S kepada diri aku yang malas. Doa saja tak siapkan FYP kamu.
P/S kepada diri aku yang rajin. Sila lawan malas.

4 comments:

Ruza Hana said...

aku pon makin malas wei..tak sbr nak abeskan blaja...nak kawen!!haha

mimi said...

untungnye buleh kwin cpt2.haha

Ruza Hana said...

tak bleh kawen lagi lah..tp aku klu tension je rase nk kawen..haha

mimi said...

haha, aku pon braso gitu jugok. tapi gak nk kawin pong pitis xdok.HAHAHA