Melaporkan bahawasanya saya kini sedang menjalani praktikal atau juga dikenali sebagai LI iaitu latihan industri di Theta Edge Berhad yang mana company nya adalah dibawah tabung haji. LI ini bermula pada 11 Oktober 2012 sehingga 15 December, hurmmm maybe. :D
Lokasi pejabatnya adalah di area subang. Tiap hari lalu tepi airport tauu. mueheheh. First time lalu tepi airport tu macam WAHHHHHHH! KAPAL TERBANG! dah tiap hari lalu. menyampah jugak den. Tapi suker. Paham tak, menyampah, tapi suke. Maksudnya bende yang menyampah tu menceriakan hidup kita sebenarnya. YEKE EH?
Tiap hari kalo saya tak pegi outstation, saya akan bangun seawal 5.30 pagi untuk first day. Dan apabila sudah bermany-MANY day, akhirnya kami tewas. Kami cuba bangun tapi kurang mampu. Rekod paling lambat bangun setakat ini adalah 6.30 pagi. Dan apabila lambat bangun, sudah tentu setiap step kami untuk bersiap seperti jet rocket, atau lipas kudung? atau as fast as we can. Kami sebenarnya sengaja bangun lambat sebab, kalo bangun awal siapnya jadi slow motion. Tak elok untuk kesihatan, jantung tak bergerak pantas. Kalo bangun lewat sedikit, semua orang siap cepat, jantung pon dupdapdupdap dengan pantas. Sihat tuuu! :,D Kitorang memang akan bersiap awal karena kerjanya start jam 8.30pagii. Akhirnya jam 5.30 petang. Same aje macam ofis-ofis lain. :)
Kalo diizinkan plus kerajinan melampau, saya akan masak brekfes. *KALAU
Kalo saya berada di Subang makanya, kerja saya adalah goyang kaki & pusing kerusi roda sampai 5.30 PETANG. Kalo ade staff yang simpati terhadap saya maka dia akan memberi kerja. Begitulah kisahnya.
Semenjak atau kadang-kadang saya pergi outstation ke Ayer Keroh,Melaka. Ofisnya di Wisma Negeri. Lokasinya sangat, amat dekat dengan Mydin. Mydin itulah tempat pelepasan seteresku. Kat mydin tu ade gerai yang jual mee rebus yang sangatlah sedap. Kuah gila pekat likat. Manakala, tempat brekfes feberet adalah di gerai tak siap. Walaupon gerai tak siap, tapi makanan nya amatlah murah. Nasi lemak ayamnye menjadi kegilaan staff Wisma Negeri. Nasi goreng kampong, nasi goreng cina RM3, mane boleh dapat? haaa
Saya berkerja sebagai pembuat report menggunakan kuasa bulan. Eh, ha. bukan..menggunakan toad serta report builder iaitu ala-ala alatan untuk bina badan. Saya kadang-kadang suka, kadang-kadang seteres jugak la. Kalo seteres, saya nanges. Takpon saya makan banyak. Atau saya paksa kawan ajak pergi karok. Tapi seteres itu memang perkara biasa, kate akak senior. OK. Maknanya bukan saya sorang sahaja yang merasa seteres. Takpelah kalo begitu. Saya ingat saya sorang aja yang seteres,.
Seterusnya, tidak dinafikan semenjak LI ni berat badannya semakin naik. Dan sangat berpotensi untuk menjadi seperti mereka itu. kii
Ini ade gambar seludup kami.
Ini ade gambar seludup kami.
*ini di ofis Subang. 9 dari 10 orang
*ini di Melaka. mengGilaa
&
*ini kerja part-time :,D Kenduri makan free!







1 comment:
haha mimi..aku baru tgok blog ko ni..ade jgak rupenye ak pkai spek tu..klakar jer..haha..xabes aku gelak
Post a Comment