SLE Lupus Nephritis (LN) class IV
cyclophosphamide(x6)
1st cyclo 26-5-2013
:-)
Tiap bulan aku kene ulang-alik balik Kelantan sebab ade appoinment dengan dokter. Yang paling latest lepas buat Renal Biopsy atau bahasa mudahnya Kidney Biopsy, resultnya mengesahkan bahawa buah pinggang aku rosaknya dah ditahap IV. Apa yang aku makan sampai buah pinggang aku boleh rosakkk?
Cyclophosphamide atau nama panggilan manja drug ni adalah cyclo. Fungsi dia adalah untuk mengurangkan tindak balas sistem imun dalam badan aku. Terima kasih Dadah.
*Sebelum cyclo, dokter masukkan air dulu. Katenye nak melancarkan ubat cyclo nnti.
1st cyclo dah beres. Sebelum cyclo dokter masukkan air dulu satu botol. Kemain lame nak tunggu air tu habis. Lepas tu baru ubat cyclo tu. Kemain lama jugak nak tunggu ubat tu habis masuk. Sampai la satu tahap, aku rasa sakit kepala & nak muntah. Rasa macam kene cekik pon ade. Time ubat tu masuk rase macam best je sebab ubat tu rase sejuk. Lepas aku mengadu cakap rase pening sume tu, Mak aku tros pegi repot kat dokter. Dokter pon kalut la kol dokter pakar. Pastu aku dengan takde perasaan-nye cuba cek botol ubat cyclo tu. Rupanya dah habis. Syukurla. Tapi aku kene tahan di wad pulak. Kene lah tido semalaman kat sane. Patutnya dah selesai masuk ubat dah boleh balik. Tapi dokter cakap takot aku jadi pape nanti kat rumah, lagi baguslah aku stay je kat hospital kejap. Tapi kejap die tu rasa macam bertahun-tahun sebab aku dah bosan tinggal kat spital.
Lepas cyclo tu, aku tak tahu perasaannye ape. Yang aku nampak kuku jadi biru, jari macam sembab warna kuning. Rase badan macam kembang sket. Maybe sebab masuk air ngan ubat cyclo tu kot. 2 botol dalam sehari. 1lagi yang paling tak suke sakit perut cam nak membuang tapi sebenarnya ia adalah drama semate-mate.
Aku tak dapat detect lagi perbezaan lepas wat cyclo ni pada buah pinggang aku. Maybe aku jadi kerap kencing kot. Maksudnya buah pinggang aku leh bekerja dengan bagus.
Dan side efek die yang lainnya, ulser mulut, rambut gugur dengan jayanya, luka lambat sembuh, cepat letih *cepat letih? takkk, aku kuat. ,sakit sendi kat jari-jemari ngan kaki. Tapi setakat ini, aku OK lagi. Takde efek teruk pon. Im Stronggg. :)
Next cyclo lepas sebulan. ***






1 comment:
mksdbye?
Post a Comment