Assalamualaikum blog saya.
Saya tau takde pon org bace blog saya. Tapi takpe saya suka sebab takde org kacau. :D Saya dah kahwin. heh heh heh hehhhhhhh.
Lompat bintang 100kali.
''Berkahwin adalah satu ibadah dalam Islam kerana ia adalah satu sunnah Nabi SAW yang dituntut dalam Islam bagi mengelak berlakunya zina. Oleh itu, bagi mereka yang berkemampuan dari segi zahir dan batin hendaklah segera berkahwin bagi memenuhi tuntutan syarak untuk meramaikan ummat nabi Muhammad SAW di akhirat kelak. ''
Orang kata biasanya kalau kita nak buat benda baik, InsyaALLAH akan dipermudahkan,. Kenelah diselang dengan usaha, doa dan jugak tawakkal. Percaya kalau sudah ditetapkan pada tarikh itu, saat itu kita akan di ijab kabulkan maka, itulah dia tarikhnya walau apa jua cara sekalipon. Begitu juga ajal maut. Semuanya sudah ditentukan oleh-Nya. Aku memang berimpian nak kawen awal. Tapi tak sangka impian tu termakbul jugak. Sebab aku rasa tak ada guna aku nak bercinta lama-lama. Kapel putus kapel putus, aku rasa macam bazir wang ringgit, air mata segala. Bazir kasih sayang lagi. Kemain kita bagi kat dia kasih-sayang, tup tup last last putus jugak. Betol ke salah ape yang aku bebel.?
Memangla kita tak boleh nak elak perasaan tu, tapi tak taula tapi ape. Mungkin jugak aku tak berapa nak cantik macam orang lain, aku takdelah nak bercinta bagai. Syukurlah kita takde orang nak. Terpelihara sket kita walaupun dalam hati macam sedih sebab semua orang ade pakwe makwe.
Bukan aku nak cakap orang yang kapel tu tak elok... Takkk sama sekali. Kekadang, dan sememangnya hasrat orang yang kapel tu nak menuju ke alam perkahwinan, tapi masa, keadaan, wang ringgit, situasi macam kene tunggu abang kakak kahwin dlu baru dorang leh kawen, dan sebagainya lah. kann? kan? Adalah tu hikmahnya. Allah dah aturkan semuanya dan semuanya Terbaik.
Kalau di tengok pada pandangan kasar orang mungkin akan cakap aku kahwin ni macam tergesa-gesa, tak sabo-sabo nak kahwin. blablabla. Malas dah nak taip. Hilang mood
Aku kenal ngan gemok ni kejap je. Tanpe disangke2. Kenal die time prektikal. First time jumpa, memang takot la. Dengan mukanya yang ala-ala nak makan orang. Aku siap ajak najwa teman lagi. Nak jumpa pon sebab nak suruh mintak tolong ajar buat kerja. Konon-konon jadi sifu laa. Cikguuuuu gemok
Disebalik tabir lah kononnye,
****** Mak. One of the two best organizer untuk majlis Tunang & nikah aku selepas Aboh. Sanggup usahakan goodies bag untuk aku. Gagau jugak sampai dapat.
****** Aboh. The best organizer ever. Dari tak ada pelamin, jadi ada pelamin. Dari majlis simple jadi majlis perfect. Asal diberkati sudah. Kalau majlis nye meriah nak mampos tapi berkatnya tak ada. Rugi amat. Walaupon dalam hati cakap nak yang lagi best yang lagi meriah cam orang lain, semua family datang, kengkawan datang siap ade kompang bagai. Tapi takpelah. Asal cukup syarat,. Asal semuanya selamat. :D
****** Pelamin. Ini pelaminnyer. Simple je. budget je. Dapat murah sebab member2 Mak ngan Aboh.
****** Gambo kasut pon ekau nak letak ke? Ekceli ade kisah sedih lucu kalih & ntah pape disebalik kasut ni. Tapi aku malas nak tulis. Biarlah aku ingat sampai kemati. Selagi aku tak nyanyok insyaALLAH aku ingat. NILAH kasut nikah aku. biase je. Ni pon naseb baik ade dari tak ada. Last minit beli. 50hinggit je. Beli kat uptown Shah Alam. Pakai sekali je baru. Naseb baik tak beli mahal-mahal. Kalo tak, bazir je. Bukannya pakai sokmo..
*May ALLAH always bless us









No comments:
Post a Comment